March 23, 2011

BELAJAR ATAU KERJA

aku sekarang dalam dilema. agak serabut sebenarnya. aku masih seorang pelajar ijazah. hampir tahun akhir.
serabut sebab blajar dah malas. dah tak de semangat. malas Gila2. aku jd malas ni sebab sorang lecturer. nak salahkan die pon ye jugak.

masa dalam kelas, lepas die da selesai mengajar, dia pon tnye, 'ada sapa2 yg tak paham?'
aku pon angkat tangan la sebab aku tak paham. lepas tu kau tahu die kate ape?

'eh,lembapnye kamu ni.'

tak ke cilaka tu namanya.aku punya la nak bagi paham ape yg dia ajar tu. sekali dia bg aku kata2 macam tu pulak, memang masin r mulut die. skali repeat paper die. arghh!abaikan kisah dia.

so sekarang ni aku malas. dalam kpala aku nak brenti blaja. kalau aku brenti aku ada option tuk kerja. tolong biznez mak aku (kedai runcit). tak pun buka service format laptop kt kdai runcit mak aku tu.. ha,lagi 1 aku leh blaja buat kuih@kek dri mak aku.pastu aku leh jual2. at least tolong mak aku la.tolong family.

ape yg aku blaja skrg ni aku tak nampak masa depan.klu grade, dapat sijil, tp nk cr keja bukan senang.mau menganggur dulu. kalau ade rezki tu alhamdulillah la.

kalau fikirkan balik, org yg keje pakai spm pon da beli kreta. aku yg degree ni pon makan pakai duit mak abah. ish.

so ape pendapat korang ek?

peluang cri duit depan mata. ilmu boleh cari bila2 masa..

March 16, 2011

JAMBAN



bila terbaca perkataan ni mesti korang fikir buang air kecil @ buang air besar @ berdua-duaan...ops! eh, betul ke? haha

pernah tak barang korang tjatuh dalam lubang jamban? kompem ada punyaaa.... sebab aku pernah. takkan korang tak pernah kot. haha

baru ni ada 1 barang aku terjatuh dalam lubang jamban. baru lepas buang air besar kot~ aduuu... 10 kali aku pikir nak amek ke tak. dah la tak flush lagi. lubang dah la dalam. siap suluh2 lagi dgn lampu handpon aku. aku bertekad nak amek jugak barang aku tuh. barang aku tu kunci moto skali rodtax. kalau tak amek, memang aku tak balik umah r...

tarik nafas panjang2....baca bismillah (dalam toilet pulak tu.tak leh blah).....sing sing lengan baju..... selup laaa....full hand dalam lubang! urghh. layan. nasib baik sampai. betul2 hujung jari. dengan ada nya rodtax, aku dapat semula kunci aku tu. sebab rodtax tu macam terapung siket.

ahhh..lantak la korang nak kate ape. pengotor ke jijik ke.....janji aku dapat balik kunci moto aku. i luv my motor..muah3. haha

March 7, 2011

LUAHAN RAKYAT

pagi tadi aku terbaca 1 komen yang orang share blog melalui facebook. sangat-sangat menarik dan aku sokong 100%.

klik sini

tapi ade jugak golongan yang tak sokong. biasa lah tu... mesti ade kontra punya. heh

March 6, 2011

POLITIK

cerita kali ni pasal politik. aku bukan pro sangat pasal politik ni. tapi taw jugak la siket2.



aku da daftar sebagai pengundi. tapi semak online, rekod aku xde. so aku musykil. da  3 bulan rasenye aku register. aku rs korang pon lebih kurang je mcm aku kan?

semalam aku tengok buletin utama tv3. start dari pukul 8 sampai 8.30, berita pasal politik saja! naik benci pulak aku. macam berkempen dalam tv. aku nak tgk kot2 ade berita eksiden ke, kena rogol ke, buang bayi ke. ni tidak. politik tak abes2. muak weh. ape function buletin ni sbenarnya? yg aku taw sebarkan berita semasa. bukan sebar politik. taw la media malaysia ni kerajaan yang pegang. lagi-lagi surat kabar dan tv. 

memang tak dinafikan media ni banyak mengampu. lagi-lagi tv3. berita yang betul kalau dipusing-pusing sikit, memang jd tak betul. nama lain, fitnah. kalau klentong siket2 dengan member sorang dua aku tak la kesah sangat. boleh  mintak maaf. ni klentong kat rakyat weh. 1 malaysia kot. bukan 1 kampung. heh 

rakyat ni ada macam2 prangai. jenis pcaya bulat2 pon ade. pastu p sebar mulut ke mulut. tu yg bahaya tu. orang yang jenis kena ada bukti dan fakta tu kira ok la jugak.



ermm..sekarang ni kalau nk tegakkan kebanaran macam payah. sebab kt malaysia ni siapa yg ada duit dia lah yg berkuasa. bagi sejuta, senyap la kau! hahaha. dunia oh dunia.

syurga atau neraka? pilihan di tangan anda.


p/s: aku bukan suruh korang sokong pas. sebab ada paper td keluar kenyataan bahawa 'undi pas, masuk syurga'. tergelak pulak aku baca. heh.

kita ada akal. baca, fikir, mana yg baik amek. yg tak baik jauhkan.

March 5, 2011

ABANG AKU NAK KAHWEN



abang aku nak kahwen??

pehhh~! macam tak percaya je... mau tak nye...abang sulung yg kawen kan...

nanti ada kakak ipar. hakhakhak.. suka pulak aku kan..sbb aku xde kakak.. heee

lepas ni aku kena tido luar la jawabnye........ da la luar byk nyamuk! umah kampung~biasa la tuuu.. sigh~

mak ayah aku pulak dok busy gila. fikir macamana handle kenduri nanti. heh.

aku ditugaskan pacak signboard kt tepi2 jalan nanti dgn pakcik aku.. pastu time berlangsung majlis nanti aku jadi penyambut tetamu. tu pun kalau tak de pape prubahan..

baju melayu aku tak beli lagi. yang  lain dah beli dah. kalau tak memang beli sekali. tapi size baju aku takde. so aku kena cari sendiri laa....orang kurus kering pon susah nk cari baju.. adehh.. tema purple. mane la aku nak cari bju ni. -__-"

semoga majlis berjalan dengan lancar dan sempurna!

SELAMAT PENGANTIN BARU my BRO! semoga bahagia dunia dan akhirat!

p/s: bila aku nak kawen pulak ni......haha.