kali ni aku nak citer tentang aku dan kemalangan2 yg pernah aku alami. aku nak citer ni bukan sbb syok sendiri tp mahu berkongsi pengalaman yg ada. bak kate orang2 yg suka download & upload 'sharing is caring'.
sejak kebalakangan ni, aku sering mengalami kemalangan. bukan aku mintak nak jadi benda ni. benda yg nak jadi nak wat mcmana. aku redha.
AKU DAN KEMALANGAN 1.
kisah ini berlaku pada 9/3/2010. pada pagi yg indah, aku bersiap2 untuk mandi nak ke kelas tambahan. haa...nak citer toilet kt bilik aku ni special siket. ade satu sinki ceramic kaler pink ni mmg tggu masa je nk jatuh ke lantai. mmg special la kan. time aku nk mandi pulak sinki tu nk jatuh. nasib baik aku sempat naik atas jamban stail duduk. alhamdulillah aku xcedera apa2. roomate aku kacoh giler lepas sinki jatuh. haha. mmg dorg nak tengok sape yg boleh jatuhkan sinki tu. nasib badan la kan.
oleh sebab aku yg bagi jatuh dan pecah dua sinki tu, aku kena buang sinki tu kt belakang rumah. dari tingkat dua bawak turun ke bawah. sampai kt pintu belakang aku letak sinki kt belakang aku sbb aku nk buka pintu. masalah pintu blkg umah ni kalau da tutup mmg susah nk buka. ketat gila. jadi aku buka dgn kekuatan yg aku ada. aku guna skill sentap. tahu tak sentap tu apa? sentap tu menyentap la. haha. aku pon tak reti nk terang.
byk kali jugak aku menyentap pintu tu. tak da hasil. betapa ketatnya pintu tersebut. aku gunakan kekuatan yg terakhir untuk menyentap. pintu terbuka. dgn sifat kaki aku yg refleks, kaki aku melompat ke belakang demi mengelak dr terkena pintu.
zassss!!! tetibe aku tersungkur ke depan+sedikit sakit di kaki+pernafasan ku tersangkut(tahan nafas).
tertanya tanya aku kenapa aku tak leh berdiri. sekali tgk....ya Allah!
dalam weh.... aku pon jerit la panggil housemates. sempat lagi dorang gelak time aku panggil. haha..siot je. bile dorg sampai lokasi aku, sume tkejut. aku lagi la tkejut. hehe. darah meleleh je. dorang berhentikan darah aku dgn balut pakai baju buat kain lap. tak tahu la bersih ke tak. time tu mmg xleh fikir ape dah. lepas balut dorang nak bawak aku p pusat kesihatan uitm. aku cakap kt dorang, 'wey kalau ye pon bg la aku pakai seluar. takkan la pakai towel je'. haha. pastu pakai seluar la.tu pon dorang yg tolong pakai kan. mcm teruk je kan aku masa tu? hehe
sampai je kat pusat kesihatan tu, member tolong amekkan wheelchair tuk aku. agak malu jugak la naik kerusi roda tu. orang kat dalam pusat kesihatan macam pandang slack je. aku wat bodo je dengan muka tak mandinye. masuk2 terus gi bilik kecemasan.
doktor cek kaki aku. siap marah lagi. 'ni sape punya keja ni balut pakai kain kotor ni?'
aku jawab, 'kecemasan la dokter. mane sempat nak pikir amek kain bersih siap basuh. darah meleleh.'
dokter diam je. terus menjalankan tugas dia. buka balutan kaki aku + cuci luka + balut semula. tak rasa apa2 pon.aku ingat terus setel kat situ je. dia mintak aku dipindahkan ke hospital klang. perghh! naik ambulan siot. haha. fendi budak umah aku yang teman aku dalam ambulan. bersyukur la ade orang teman aku. huhu
sampai hospital, buat pendaftaran macam biasa. pastu tunggu sampai lebam. sementara menunggu tu aku mintak tolong fendi belikan air. haus + lapar giler. tak lama tu dokter panggil masuk ke wad ape ntah. bilik kuning. dokter tu soal siasat aku. tanya macamana leh jadi macam ni?.aku cerita la dengan sejujurnya sambil doktor membuka balutan luka + belek2 kaki aku.
langkah seterusnya dokter duruh aku pi bilik jahit. nak jahit luka yang terbuka. part ni yang best giler nak cerita kat korang. hahaha.
mula-mula dia cucuk bius dalam luka. perghh!! nak nangesss wehh. tak tahann.... tak taw brapa kali dia cucuk. pastu luka aku kena cuci. dia tuang sejenis cecair pastu gosok2. perkataan gosok la yg aku rasa sesuai. gosok dalam-dalam lak tu. memang tak rasa apa2 la. kebas. ewwwww... haha... tak dapat nak gambarkan keadaan aku time tu macamana.
dah siap cuci + gosok sampai bersih, mula lah kerja menjahit. aku tengok la dia jahit kulit aku. macam jahit baju je. haha. benang macam tali pancing. besar gak.
siap!!
sebelum aku kuar dari bilik jahit, aku mintak nasihat dokter tu.
'encik, kaki ni boleh buat mandi tak? saya tak mandi lagi ni.'
'boleh. lepas mandi lap lah bagi kering'
aku pon lurus bendul. ikut je nasihat die. haha.
sampai umah aku terus mandi. time ni aku boleh berdiri. tapi jalan tak berapa betul sangat. mandi dengan bersih sebersihnya. siap mandi aku lap bagi kering luka aku. pastu solat. siap solat aku tengok luka aku meleleh je darah. aku lap. pastu meleleh lagi. aku lap. meleleh lagi. aku mula risau dahh.. asik meleleh je. pastu kaki aku mula rasa sakit. kesan bius dah abes kot.
time ni nak maghrib dah. masih meleleh. sumpah aku cuak. aku ajak budak umah tolong aku p pusat kesihatan. tak kira la ada orang ke tak. sampai sana ade dokter yang bertugas. mintak tolong die nak buat macamana dengan kaki aku ni.
tak pasal pasal kena marah beb. sebab aku mandikan luka aku. aku nak kata apa. dokter kt klang bg aku mandi masalahnya. aku malas nk bising2. kang abes kaki aku dokter tu buat. baik aku diam. dia tgk kaki aku.
dokter kate: ' jahitan ni kena buka semula ni. sebab da masuk air paip'.
perghh! bukak balik?? rasa menyesal pulak datang pusat kesihatan nie. haha.
aku turut kan je la kata2 dokter tu.
1stly dia buka jahitan. pastu bius lagi. menjerit+nak nangis aku.
'aduuu sakit dokter sakiiitt~~pelan-pelan dokter sakiiitt~!!!'
tak tahaann. rase macam da lunyai da kaki ni. kali ni dia jahit pakai benang kecik pulak. memang huduh giler die jahit. dah la huduh. jahit pun sakit.
siap!! untuk jahitan kali ke dua! hukhukhuk
keluar dari bilik rawatan, aku kne nganjing dengan member aku. sebab aku jerit mcm perempuan. hahaha. lantak lah! janji dah setel. fuuhhhh...
esoknya aku tak boleh bangun. sakit satu badan. lagi2 kat bahagian kaki. mintak tolong kawan pinjam tongkat kt pusat kesihatan. lepas tu mula lah hidup aku dengan bertongkat! mandi bertongkat! p exam bertongkat! syok (seksa) gila! haha.
2-3 hari kemudian badan aku rasa tak sedap. sejuk tetiba. p jmpa dokter. cek darah+urin test. darah aku kotor. sekali dia bagi ubat macam-macam. nah!! amek kau!
hasilnya cirit 1 hari. heh! buang segala kuman2 dalam darah. lepas tu ok la sikit. tak menggigil secara tetiba dah. huhu...
haa... masa nak p jawab exam, orang dok tengok aku je. ye la. aku je yang bertongkat.
'bro, excident ka?\
aku jawab 'ha'ah. excident. bawak moto laju sangat.'
aku layan kan aje. tp member yg dah tahu tu dorg ok je.
lepas abes exam aku balik umah. cuti sem memang duk umah saje. tak kuar umah langsung. kecut abes badan aku. dah la kurus. kecut lagi. korang bayangkan je la mcmana. haha
sekarang dah ok dah. alhamdulillah.
boleh main futsal dan sebagainya. :)
p/s: ade hikmah nye Allah uji aku. kena time nk final pulak tuu...
jahanam, kot ya pun jangan la upload gambaq2 tu...gampang, aku ngeri tgk..haha...
ReplyDeletepart 'excident. bawak moto laju sangat' tu memg tak bleh blah, konon nak control macho la, padahal kena sinki ja..hoho..
hahaha...sempoi tak aku? hoho
ReplyDeletekalau tak tunjuk gambaq kata aku tipu pulak.haha
Seram weh!!!
ReplyDeletebapak ah dalam! takotnye.
pastu jahitan xley blah.
sibbaek skang bley jdi climber ag.
fuhh.
hati2 r bro lenkali.
Lepas jahit kali kedua tu tak payah bukak jahitan dah ke? Nak tau sbb aku pon kena jahit tmpat sama ngan hang. Takut pulak nak g jumpa doktor
ReplyDeleteLepas jahit kali kedua tu tak payah bukak jahitan dah ke? Nak tau sbb aku pon kena jahit tmpat sama ngan hang. Takut pulak nak g jumpa doktor
ReplyDeleteHaih ....mata masuk habuk la pulak lps tgk gmbr tu , mcm terbyng byng kesakitan yg dia rasakan 😨
ReplyDeleterilex, tarik nafas ..lepassss....fuhhhh 😌