August 31, 2013

Malaysia Mesir Syria

hari ini 31 ogos 2013

sudah 56 tahun merdeka

aku bersyukur malaysia masih aman.

masih aman berbanding dengan negara mesir

tapi malaysia tidak aman secara batinnya

konsert sana sini

zina di mana mana

kepincangan politik yang tak sudah

tembak menembak

kongsi gelap

jiwa gelap.

kosong.

rohani lemah

iman tidak kental

berbanding rakyat islam di mesir, syria, gaza yg zahirnya perang.

kerana tak pengaruh budaya barat

maka pengaruh syiah pula disuntik

akan tetapi mereka beruntung.

kerana dapat berjihad fisabilillah.

kita di malaysia? bagaimana?

masih mengejar kemajuan

juga teknologi?

tanpa mengendahkan saudara2 islam di sana?

ku berharap

pemimpin malaysia akan berkata

ayuh kita berjihad

kita akan menghantar askar askar kita melawan musuh kita di sana

hm. itu hanya sekadar harapan.

ku rakyat biasa hanya mampu berdoa.





April 9, 2013

MELAYU DAN ISLAM

aku terfikir.

kenapa nak pertahankan hak melayu? sedangkan hal Allah,islam kau tak jaga.

yg aku nampak guna nama Allah, Islam untuk politik

adakah melayu itu betul2 islam? sedangkan hudud kau tolak. nak jaga kaum lain katanya.

islam tak kira kaum bro.

tolong jangan sempitkan fikiran dengan sentimen kaum.

cina melayu india sama je. dengki ada, baik ada, minum arak ada. men judi ada. men bomoh ada. men rasuah ada.

jangan fikir, asal melayu je islam. cina india kafir? kau ingat melayu takde yang kafir? kau ingat cina india takde yang islam?

kau kata cina sume makan babi. berak tak basuh. kau tak fikir yg cina islam ni tak terasa ke?

hidup melayu! tapi minum arak.

hidup melayu! tapi rasuah

hidup melayu! biar melayu susah. tp jangan biarkan cina perintah.

hang bodo. bodo.

baik kau pegi buat umrah sekali. tengok kat mekah madinah negara islam semua melayu ka?

kesian aku tengok kat segelintir masyarakat. beranggapan melayu = islam.

formula (melayu = islam) itu salah.

ini yg sebetulnya

islam = bukan kafir = untuk semua

March 26, 2012

JANGAN PERASAN JANGAN RISAU

anda rasa anda paling hensem?

anda cantik?

tampan?

comel?

kiut?miut?


jangan lah perasan.
ada orang yang lebih hensem tampan cantik kiut miut comel dari anda.

jangan lah perasan.
benda ni Allah bagi korang pinjam sekejap je. anytime Dia amek balik.


anda rasa anda paling huduh?

comot?

selebet?

penuh jerawat kat muka?

mata sepet sebelah?

gigi bersepah?


anda jangan risau.
ade orang yang lebih teruk dari anda.

anda jangan risau,
kita diciptakan dengan sebaik2 kejadian

anda jangan risau,
korang ade jodoh punya. jodoh anda dah lama tercatit.


HARAP ANDA SEMUA JANGAN PERASAN JANGAN RISAU

January 21, 2012

KAHWIN

musim cuti semester sudah tiba.

ramai student berpusu-pusu balik kampung.

kampung aku dekat je. tiap2 minggu aku balik. kalau tak balik, ibunda call.  (-_-")

balik rumah je, mak ayah sibuk discuss pasal sedara mara nak kahwen nak tunang. aku jadi pendengar cerita terbaik. dengar je. haha

tetibe ayah aku tanye 'ki, umor dah 23 kan?
aku jawab ' tak lah. 24.'

ayah: 'haa.dah boleh kahwen dah nii'

dalam hati aku 'alamak,ayah aku ni mcm nak suro aku kawen cepat2 je'

aku jawab :  ' calon pon xde lagi.... '

mak aku mencelah 'kalau nak kahwen, cari yg elok2.. jangan cari yang pakai tudung tp yg bawah tu ketat2. tak bkenan mak. anak sendiri nk tegur pon dah susah. cari yang ada agama. kau tu dah sekolah agama berbelas tahun. pandai2 la cari buat bini. bla bla bla bla..

sekali aku kena ceramah daa.. haha

aku paham...mak ayah mesti nak yg terbaik tuk anak dia...

aku pon tak tahu laaaaa... mmg niat nak kahwen tu ade... tp tak berani la pulak.. haha

tanggungjawab besar kot.

December 21, 2011

KESAN ULSER

apa itu ulser?

ulser adalah sejenis penyakit @ luka dalam mulut.

orang kata punca ulser sebab kurang minum air. benarkah?aku pon tak pasti.

tapi yang pasti mangsa ulser ni, pasti menderita. pasti merana. pasti siksa. lebih lebih lagi time makan minum.

perrghhh~!

nak nanges pon ade. kan?

perkara penting yang aku nak sampaikan di sini, nak cerita kesan dari penyakit ni...

kalau ulser ni, susah nak cakap kan?lagi- lagi ulser kat lidah.. kalau cakap je mesti sengau-sengau.

di kala aku selalu menghidap penyakit ni, aku terfikir...

'mengapa Allah cipta penyakit ni? aku tak boleh bercakap sangat. susah nak bercakap'.

bila aku fikir kan lebih dalam, baru ku sedar, ade hikmah nya.

antara kesan-kesannya

1. kurang bercakap. sebenarnye, lagi banyak kita bercakap lagi banyak dapat dosa. jadi kalau da kurang bercakap ni kurang la dosa kita. lagi-lagi yang kaki mengumpat.

2. terasa diri ni hina. asalnye kita bercakap adalah normal. bila dapat sekali ulser kat lidah ni, nak cakap susah, kalau cakap sengau2 sebab tak nak bagi sakit. manusia ni ade segelintir yang jenus kuat mengutuk. kan? kalau nampak pelik sikit je,kompem kena mengata. tak mengata depan, kat belakang pon boleh jadi. so sabar je lah. at least kita merasa ape yang orang yang sengau ni rasa. :)

3. dapat training kesabaran. ulser ni ada tempoh dia. tapi tak tahu pah pada orang lain. macam aku paling lama 2 minggu. dalam 2 minggu tu, kena banyak bersabar. nak makan, minum, berus gigi, kumur-kumur... haaaa..korang boleh rasa kan?hehe..


aku sekarang tengah ada ulser kat lidah. wuuuu..

esok ada presentatio.  tak tahu la macam mana esok.. layan kan je la sakit ni.

December 18, 2011

DIPERLUKAN PABILA MEMERLUKAN

kita hanya insan biasa

diperlukan bila memerlukan

diperlukan bila kesusahan

diperlukan bila keseorangan

diperlukan bila perlukan bantuan

diperlukan bila kekurangan

diperlukan bila kebuntuan

diperlukan bila keresahan

diperlukan bila kesedihan

diperlukan bila kesesakan

kita insan biasa

aku insan biasa.

saling perlu memerlukan

can't do it alone

dibuang bila tak diperlukan

dilupakan bila tak diperlukan

dibuang bila senang

dilupakan bila senang

dibuang bila hati senang

dilupakan bila hati senang



itulah manusia

itulah kita

itulah aku

bila susah dicari

bila senang dilupakan

June 9, 2011

KERJA

ASSALAMUALAIKUM WBT

tajuk entry kali ni , KERJA. dunia kerja.

aku selaku student, masih belum lagi menceburi bidang2 pekerjaan, ingin berkongsi cerita, kisah, pendapat dan sebagainya tentang KERJA ni.

berdasarkan ape yang aku tahu, pengalaman aku, selama aku hidup ni,
pelajar bila belajar, bosan. nak cari kerja. dapat duit.
pekerja pulak, timbul rasa rindu untuk belajar. nak jd student semula. best jadi student.

aku tergolong dalam golongan student lah.bosan. tensen. hehe

biasa la tu.  sebab aku belom alami dunia kerja lagi.

apa yang aku dapat lihat, dunia pekerjaan ni sgt susahh. tapi ade yang senang. ikut rezeki masing2.

siyes, aku tak tipu.

antara sebab2 kenapa aku kata dunia kerja sgt susah.

1.orang bkerja ni ada yang jadi pengampu. pengampu dgn boss @ pihak atasan. jilat bontot la kiranya. senang naik pangkat. kalau x, stay pangkat tuuu je lah.

2. kalau kita rajin(ikhlas) bkerja, mesti bos suka kan? TAPI kompem ada orang dengki. kalau dengki, byk la syaitoon2 dok hasut si pendengki ni. macam2 leh jadi.

3. kalau peniaga, lagi la susah. naikkan harga, pelanggan komplen. kedai runcit pulak kompem xlepas dr kes kecurian barang.

4. kalau dapat bos tak okey, kompem ko keje pon tak ok. tensen. kalau bos okey, alhamdulillah...

5. haaa...yg paling teruk sgt2, orang sihir menyihir. aduuuii. lomah aku dongar sihir2 ni. org yg sihir2 orang ni mmg dengki la kira nya. pantang nmpak orang senang, pantang nmpak org mewah siket, pantang nmpak peniagaan maju, keje nk sihir orang je.

eh, 5 je idea aku yg keluar?hahaha

oleh sbb aku kne bsiap nk g keje pagi2 buta ni, idea aku terbantut siket.

apa apa pon, smoga Allah memberkati kita sampai ke akhir hayat.

yang penting kerja halal. :)