February 24, 2011

CINTA lagi

cinta,
makhluk Tuhan terindah,
cinta,
tanpanya pincang suasana.

cinta,
sinarnya sampai ke syurga,
cinta,
bahananya sampai ke neraka.

"engkau kelak akan dibangkitkan berserta orang orang yang engkau cintai"





aku copy dari member aku punya post facebook.
hayati dan fahami kay~~  :)))

February 21, 2011

CINTA

cinta? apa itu cinta?


orang kata :

cinta itu buta - aku setuju. if kita sebagai manusia mencintai seseorang manusia, memang kita hanya nampak orang yang kita cinta sahaja. ape yang dia buat semuanya betul. walaupon dia buat tu sbenarnya salah. yang lain memang dah tak pandang dah. dengan kata lain angau. bukan bangau ya.

cinta itu kasih sayang - bila kita dah cinta kat seseorang, timbul lah satu perasaan kasih-sayang. umpama aku membelai seekor kucing.

cinta itu indah - bila kita sedang bercinta, semua perkara yang berlaku semuanya indah-indah belaka.

cinta itu menyakitkan - bila cinta tidak kesampaian, sakit hati woo... hanya orang yang pernah mengalami sahaja dapat memahami erti kesakitan cinta. ceewah.

cinta itu menyusahkan - betul ke? bagi aku agak menyusahkan kot. tapi kalau dah cinta ni, sanggup ku berenang meredah lautan api.

cinta itu abadi - tak taw nak hurai macamana. tak terhurai. hahaha


aku kata :

cinta itu satu perasaan - memang setiap manusia Allah bagi satu perasaan cinta. dari perasaan cinta ni lahirlah sifat kasih sayang. kasih sayang sesama manusia, sesama binatang, sesama makhluk Allah yang lain.

cinta itu kemestian - satu kemestian la. kalau tak de cinta, memang kau bukan manusia la. alien kot. sedangkan kucing pon sayang kat anak dia.

cinta itu lumrah kehidupan - cinta itu perkara biasa. semua orang pernah merasai cinta. yang  tak pernah tu mungkin dia tak perasan kot. tak pa. hidup kena teruskan.

kepada sesiapa yang pernah putus cinta macam aku ni, bawak bersabar lah ye. relax lah. jodoh belum sampai lagi. kahwin pon belom. heee. berserah je kat Allah. Dia tahu segala-galanya yang terbaik untuk kita. jangan jiwa kacau sangat ok?chill!

bunga bukan sekuntum. kumbang bukan seekor.


yang penting jangan lupa cinta kan Dia dan kekasihnya. :)

tak lupa juga kepada mak dan ayah. nak kahwin kena mintak restu dorang juga. :)

February 18, 2011

KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN


serupa tapi tak sama. itu lah kesimpulan ringkas dari tajuk kali ini.
berikut merupakan definisi dari aku sendiri. bukan dari mana-mana buku. kalau definisi aku salah, harap maaf lah ya.

kawan - orang yang kita kenal dari segi nama, muka, tempat tinggal, dan sebagainya. macam simple biodata.

sahabat - kawan yang kita dah kenal lama. tahu perangai dia. dia tahu perangai kita. boleh buat gurau. hati senang sesama sendiri. 'tak tikam belakang'. susah sama susah, senang sama senang.

teman - lebih kurang macam sahabat. tempat luahan perasaan (marah, tak puas hati dan sebagainya) biasanya perempuan dengan perempuan. lelaki dengan perempuan pun ada juga.


manusia ni macam-macam perangai. ada perangai yang kita boleh terima dan ada yang tak. kadang-kadang ada yang pandai berlakon. depan kita baik-baik saja. kalau belakang kita, macam-macam kita dengar. tikam belakang pon ada. itu perkara biasa. jangan mudah melatah kalau ada terjumpa kawan macam tu. relax saja.

bila berada di stage pertama (kawan), kita perlu berhati-hati. kita kena belajar kenali dia (kawan). ayah aku pernah pesan, kalau nak berkawan, jangan terlalu rapat sangat. aku ingat sampai  sekarang. nak tahu sebab ape? haaa... korang test la dulu. buat uji kaji. aku dah buat dah. memang betul ayah aku cakap.

bila kita dah kenal kawan kita, baru kita boleh pilih nak ikut dia atau tak ikut. bukan tolak ok? tak salah berkawan dengan orang jahat. jangan ikut step dia sudah. kalau bagi nasihat lagi bagus. bak kata orang ramai, berkawan biar beribu.

stage kedua (sahabat) evolve dari kawan. kita upgrade kawan kita jadi sahabat. sahabat ni senang citer, dia tetap korang ingat walaupun dah lama tak jumpa. kalau jumpa, borak sampai tak hengat. bila kita susah, dia akan tolong kita walaupun kita tak mintak bantuan dia. bagus kan kalau ada sahabat macam tu? lagi satu sahabat ni tak segan nak tegur kita jika kita ada buat silap atau salah. macam mengumpat ke suka kentut di khalayak ramai ke. kan tak elok tu. so fungsi sahabat ni, tegur kita if kita buat salah walaupun tu rutin harian kita. kalau kita kena tegur, jangan melawan pulak. sian la sahabat tu. terima saja teguran dia. kalau tak suka kena tegur, diam je. jangan melawan. tak manis. dia tegur pun sebab dia sayang kita. kalau tak sayang, memang tak tegur beb. lantak engkau lah. ade aku kisah?.

teman ni macam sahabat jugak. tapi special sikit. sentiasa bersama. macam orang kapel. bagi yang berkapel la. haa..sentiasa berteman. walaupun jauh tapi sentiasa ber sms. boleh mengadu-ngadu kalau ade masalah pape.

berkawan ni ada prinsip dia. means prinsip aku la. hahaha.

kau kena hormat orang kalau kau nak orang lain hormat kau.



kalau rasa diri tu ade buat salah, pi la mintak maaf kat dia. dia nak maafkan ke tak tu belakang cerita. begitu juga kalau orang tu mintak maaf kat kita. maafkan je la. simple je. 0-0. takde dah nak simpan-simpan perasaan dendam. bukan elok. nanti hati kerasss. hehe


p/s: pendapat seposen dari aku. kalau salah aku mintak maaf. :)

selamat BERKAWAN

February 17, 2011

MAULIDURRASUL VS VALENTINE'S DAY

15 feb 2011

aku bangun pagi awal pukul 5.30 pagi. terlintas kat hati aku nak pi surau solat subuh berjemaah. masuk waktu subuh pukul 6.10am. lantas aku ke surau bersama fendi housemate aku. yang lain masih tidur lena.


lepas solat subuh berjemaah, ade forum subuh pulak. memang aku tak sangka ada ceramah lepas subuh. hehe. tajuk forum ''maulidurrasul versus valentine's day". sama tajuk macam aku tulis kat status facebook aku. tersenyum aku bila aku dengar tajuk tersebut. :)

jadi memang aku tak salah la buat status maulidurrasul versus valentine's day tu.. bukan apa. ada orang komen, 'perlu ke compare camtu sedangkan agama kita islam'.

tersentap aku! salah ke aku buat persoalan macam tu? bukannya aku suro mintak tolong dorang pilih tuk aku pon. aku pon agama islam wehh... aku buat persoalan macam tu sebab tarikh dia dekat sangat. valentine 14hb maulidurrasul 14hb gak tapi waktu maghrib (timing islam). so korang nk pilih mana? korang fikir lah sendiri. terang-terang sambut valentine itu HARAM.

back to main topic.

ceramah subuh tu memang best. tak pernah dengar lagi dari mana-mana ceramah yg pernah aku pegi. begini kisahnya lebih kurang....

selepas kewafatan nabi kita Muhammad, Bilal sangat bersedih sehingga tak boleh melaungkan azan. sampai 'ash hadu anna muhammadarrasuulullah' bilal terus menangis. sebak. tak boleh nak teruskan sebab teringat kt nabi Muhammad. bilal membuat keputusan untuk meninggalkan madinah dan berhijrah ke syam (rome) untuk menetap di sana.

setelah beberapa tahun lamanya di syam, bilal berasa sangat rindu pada nabi Muhammad. lalu berangkat kembali ke madinah. sampai di madinah betul2 hampir subuh. tiba di masjid nabawi, kelihatan beberapa orang sahabat sedang menunaikan solat sunat. tiba2 ada seorang sahabat menegur bilal. lalu berpelukan. sudah bertahun tak jumpa. para sahabat yang lain turut bersalam+peluk dgn bilal.

waktu subuh sudah tiba. para sahabat meminta bilal melaungkan azan. bilal menolak. sahabat2 tetap memujuk bilal. akhirnya bilal mencuba.

Allaaahu akbar Allaaaahu akbar!

suara azan kedengaran di madinah. para sahabat yg tidur di rumah terjaga. 'eh, ni suara bilal ni'. bingkas bangun bersiap menuju ke masjid. tiba di masjid, mereka mencari Rasulullah di tempat yang biasa Rasulullah duduk. tiada. mereka berfikir mungkin baginda sedang mengambil wuduk. lalu bergegas ke tempat berwuduk. tiada. -mereka seolah-olah lupa bahawa baginda telah wafat. subhanallah.

bila aku dengar kisah ni aku sebak kot. huhu.
terlintas kt hati aku. kalau la aku berada masa zaman rasullullah. :)

tak semestinya bila maulidurrasul je kita baru igt nabi. kalau igt sentiasa lagi bagus. macam kita selalu igt kt pasangan (untuk orang yg kapel@berkahwin)


SELAMAT BERAMAL..:)

February 14, 2011

AKU DAN KEMALANGAN 1

kali ni aku nak citer tentang aku dan kemalangan2 yg pernah aku alami. aku nak citer ni bukan sbb syok sendiri tp mahu berkongsi pengalaman yg ada. bak kate orang2 yg suka download & upload 'sharing is caring'.

sejak kebalakangan ni, aku sering mengalami kemalangan. bukan aku mintak nak jadi benda ni. benda yg nak jadi nak wat mcmana. aku redha.

AKU DAN KEMALANGAN 1.

kisah ini berlaku pada 9/3/2010. pada pagi yg indah, aku bersiap2 untuk mandi nak ke kelas tambahan. haa...nak citer toilet kt bilik aku ni special siket. ade satu sinki ceramic kaler pink ni mmg tggu masa je nk jatuh ke lantai. mmg special la kan. time aku nk mandi pulak sinki tu nk jatuh. nasib baik aku sempat naik atas jamban stail duduk. alhamdulillah aku xcedera apa2. roomate aku kacoh giler lepas sinki jatuh. haha. mmg dorg nak tengok sape yg boleh jatuhkan sinki tu. nasib badan la kan.

oleh sebab aku yg bagi jatuh dan pecah dua sinki tu, aku kena buang sinki tu kt belakang rumah. dari tingkat dua bawak turun ke bawah. sampai kt pintu belakang aku letak sinki kt belakang aku sbb aku nk buka pintu. masalah pintu blkg umah ni kalau da tutup mmg susah nk buka. ketat gila. jadi aku buka dgn kekuatan yg aku ada. aku guna skill sentap. tahu tak sentap tu apa? sentap tu menyentap la. haha. aku pon tak reti nk terang.

byk kali jugak aku menyentap pintu tu. tak da hasil. betapa ketatnya pintu tersebut. aku gunakan kekuatan yg terakhir untuk menyentap. pintu terbuka. dgn sifat kaki aku yg refleks, kaki aku melompat ke belakang demi mengelak dr terkena pintu.

zassss!!! tetibe aku tersungkur ke depan+sedikit sakit di kaki+pernafasan ku tersangkut(tahan nafas).

tertanya tanya aku kenapa aku tak leh berdiri. sekali tgk....ya Allah!



dalam weh.... aku pon jerit la panggil housemates. sempat lagi dorang gelak time aku panggil. haha..siot je. bile dorg sampai lokasi aku, sume tkejut. aku lagi la tkejut. hehe. darah meleleh je. dorang berhentikan darah aku dgn balut pakai baju buat kain lap. tak tahu la bersih ke tak. time tu mmg xleh fikir ape dah. lepas balut dorang nak bawak aku p pusat kesihatan uitm. aku cakap kt dorang,  'wey kalau ye pon bg la aku pakai seluar. takkan la pakai towel je'. haha. pastu pakai seluar la.tu pon dorang yg tolong pakai kan. mcm teruk je kan aku masa tu? hehe

sampai je kat pusat kesihatan tu, member tolong amekkan wheelchair tuk aku. agak malu jugak la naik kerusi roda tu. orang kat dalam pusat kesihatan macam pandang slack je. aku wat bodo je dengan muka tak mandinye. masuk2 terus gi bilik kecemasan.

doktor cek kaki aku. siap marah lagi. 'ni sape punya keja ni balut  pakai kain kotor ni?'

aku jawab, 'kecemasan la dokter. mane sempat nak pikir amek kain bersih siap basuh. darah meleleh.'

dokter diam je. terus menjalankan tugas dia. buka balutan kaki aku + cuci luka + balut semula. tak rasa apa2 pon.aku ingat terus setel kat situ je. dia mintak aku dipindahkan ke hospital klang. perghh! naik ambulan siot. haha. fendi budak umah aku yang teman aku dalam ambulan. bersyukur la ade orang teman aku. huhu

sampai hospital, buat pendaftaran macam biasa. pastu tunggu sampai lebam. sementara menunggu tu aku mintak tolong fendi belikan air. haus + lapar giler. tak lama tu dokter panggil masuk ke wad ape ntah. bilik kuning. dokter tu soal siasat aku. tanya macamana leh jadi macam ni?.aku cerita la dengan sejujurnya sambil doktor membuka balutan luka + belek2 kaki aku.

langkah seterusnya dokter duruh aku pi bilik jahit. nak jahit luka yang terbuka. part ni yang best giler nak cerita kat korang. hahaha.

mula-mula dia cucuk bius dalam luka. perghh!! nak nangesss wehh. tak tahann.... tak taw brapa kali dia cucuk. pastu luka aku kena cuci. dia tuang sejenis cecair pastu gosok2. perkataan gosok la yg aku rasa sesuai. gosok dalam-dalam lak tu. memang tak rasa apa2 la. kebas. ewwwww... haha... tak dapat nak gambarkan keadaan aku time tu macamana.

dah siap cuci + gosok sampai bersih, mula lah kerja menjahit. aku tengok la dia jahit kulit aku. macam jahit baju je. haha. benang macam tali pancing. besar gak.

siap!!



sebelum aku kuar dari bilik jahit, aku mintak nasihat dokter tu.

'encik, kaki ni boleh buat mandi tak? saya tak mandi lagi ni.'

'boleh. lepas mandi lap lah bagi kering'

aku pon lurus bendul. ikut je nasihat die. haha.

sampai umah aku terus mandi. time ni aku boleh berdiri. tapi jalan tak berapa betul sangat. mandi dengan bersih sebersihnya. siap mandi aku lap bagi kering luka aku. pastu solat. siap solat aku tengok luka aku meleleh je darah. aku lap. pastu meleleh lagi. aku lap. meleleh lagi. aku mula risau dahh.. asik meleleh je. pastu kaki aku mula rasa sakit. kesan bius dah abes kot.


time ni nak maghrib dah. masih meleleh. sumpah aku cuak. aku ajak budak umah tolong aku p pusat kesihatan. tak kira la ada orang ke tak. sampai sana ade dokter yang bertugas. mintak tolong die nak buat macamana dengan kaki aku ni.

tak pasal pasal kena marah beb. sebab aku mandikan luka aku. aku nak kata apa. dokter kt klang bg aku mandi masalahnya. aku malas nk bising2. kang abes kaki aku dokter tu buat. baik aku diam. dia tgk kaki aku.

dokter kate: ' jahitan ni kena buka semula ni. sebab da masuk air paip'.

perghh! bukak balik?? rasa menyesal pulak datang pusat kesihatan nie. haha.

aku turut kan je la kata2 dokter tu.

1stly dia buka jahitan. pastu bius lagi. menjerit+nak nangis aku.

'aduuu sakit dokter sakiiitt~~pelan-pelan dokter sakiiitt~!!!'

tak tahaann. rase macam da lunyai da kaki ni. kali ni dia jahit pakai benang kecik pulak. memang huduh giler die jahit. dah la huduh. jahit pun sakit.

siap!! untuk jahitan kali ke dua! hukhukhuk



keluar dari bilik rawatan, aku kne nganjing dengan member aku. sebab aku jerit mcm perempuan. hahaha. lantak lah! janji dah setel. fuuhhhh...

esoknya aku tak boleh bangun. sakit satu badan. lagi2 kat bahagian kaki. mintak tolong kawan pinjam tongkat kt pusat kesihatan. lepas tu mula lah hidup aku dengan bertongkat! mandi bertongkat! p exam bertongkat! syok (seksa) gila! haha.

2-3 hari kemudian badan aku rasa tak sedap. sejuk tetiba. p jmpa dokter. cek darah+urin test. darah aku kotor. sekali dia bagi ubat macam-macam. nah!! amek kau!



hasilnya cirit 1 hari. heh! buang segala kuman2 dalam darah. lepas tu ok la sikit. tak menggigil secara tetiba dah. huhu...

haa... masa nak p jawab exam, orang dok tengok aku je. ye la. aku je yang bertongkat.

'bro, excident ka?\

aku jawab 'ha'ah. excident. bawak moto laju sangat.'

aku layan kan aje. tp member yg dah tahu tu dorg ok je.

lepas abes exam aku balik umah. cuti sem memang duk umah saje. tak kuar umah langsung. kecut abes badan aku. dah la kurus. kecut lagi. korang bayangkan je la mcmana. haha

sekarang dah ok dah. alhamdulillah.
boleh main futsal dan sebagainya. :)


p/s: ade hikmah nye Allah uji aku. kena time nk final pulak tuu...

February 8, 2011

ARTIS

cerita aku kali ini tak la best sgt. cuma mahu share pendapat dan luahan. cewahh..

aku sering terfikir, kenapa remaja sekarang ramai ke arah nak jd artis. dah xde keje sangat ke kt malaysia ni? takkan semata-mata nak tunjuk bakat dan muka yg hensem cun melecun?

aku tgk peminat terlalu mengagung-agung sgt si artis. tak semua peminat macam 2. segelintir. contoh macam konsert AJL. peminat yg terlalu obses melompat-lompat macam beruk. da macam ape ntah. relax sudah. kalau melompat-lompat ape yg ko dapat?kalau dapat duit xpe la jgak kan.

haa...lagi satu..sape tengok citer NUR KASIH?kompem tgk  punya kan..... aku pon tgk jgk..memang best giler citer tu. org baik2 je. pakai tudung dan tutup aurat dgn sempurna. mmg tabik spring aku bg. scara jujur aku jatuh hati kt pelakon tiz zakiah tuu.. bukan saja cantik malah jaga aurat beb. susah cari org mcm 2. tapi aku terkilan la. xtaw pulak yg pelakon semua 2 BERLAKON je. aku tertipu!!




kan bagus kalau berlakon watak baik pastu kt luar lokasi lakonan pun baik jgk. lagi aku suka.. hahaha

kt malaysia ni pon da byk siaran hiburan. mcm MENTOR, AF, IDOLA kecil, 1 in a million, banyak siot. siaran2 tu boleh mengundang orang yg ada BAKAT nk mencuba. dapat DUIT la wey....silap2 leh jd JUTAWAN macam mawi..sapa xmau kan~ oleh sebab demikian, orang yg kurang berbakat pon mesti mahu cuba kot2 dapat luck. asal muka hensem+cun kira cukup syarat la..

hmmmmm... aku pon xtaw nak kata apa... budak2 skrg pon makin teruk..kalau fikir buat sakit kepala jgk kadang2.. so kena terima lah hakikat dunia ini... jgn diri ini jd orang yg tak ketahuan hala sudah lah....... ameen~

February 5, 2011

SUZUKI BELANG 150

 bila dengar suzuki je mesti pandang sebelah mata. ye lah. brand suzuki ni tak de lah feymous sangat macam yamaha dan honda. mungkin sebab marketing tak sehebat yamaha.

antara motor yg pernah aku bawa (milik keluarga)
1. yamaha LC135
2. honda ex5
3. modenas kriss

suzuki je yang belom pernah aku cuba. LC aku pernah miliki tp dah jual. sebab excident dgn lori. hehe. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup oleh Allah.

jadi sekarang ni aku minat 1 moto ni. suzuki belang 150. aku pon tak tahu kenapa aku minat motor tu. abang dan adik aku kate motor tu huduh giler. aku tengok motor tu okey je. seksi sedikit. lain dari yang lain.




aku tengok motor tu aku rasa agak sesuai la dengan taste aku. sebabnya :

1. aku suka jalan jauh- cc motor 150cc.
2. saiz motor tu kecil. sama size dengan moped yang lain.
3. 4-stroke
4. ada disk brake depan belakang
5. harga tak semahal yamaha FZ150 & honda cbr150

setelah aku selidik dr forum tentang belang ni, aku telah tekad akan beli motor belang. hehe. insyaAllah...

oh ya. kenapa aku pilih motor?bukan kereta? sebabnya :-

1. aku tak suka jem.buang masa. lagi- lagi kawasan bandar. KL ke Shah Alam ke.sama saja.

2. maintainance rendah dari kereta. kalau cermin kereta pecah kena batu  ke dah kena brapa ratus dah. belum tayar lagi. kereta tayar 4. motor 2 saja.

3. minyak tak payah cerita. naik motor lagi jimat.

4. lalu tol free je. tak macam kereta. berbayar. duit tol kereta boleh buat duit minyak lagi bagus.

5. sebab aku bujang. kalau sudah berkahwin, mesti mahu berkereta. takkan nak bagi bini basah kalau hujan.siapa tak sayang bini oii..

kelemahan motor berbanding kereta

1. tiada dinding & bumbung seperti kereta. kalau hujan penunggang kompem basah lencun.

2. kereta lebih stabil dari motor. motor ada 2 tayar. kalau nk belok kena landing siket badan. ikut pada kelajuan. makin laju motor lagi sedap nk landing. boleh cecah footrest pon ade.

3. orang kata motor kurang selamat. kena langgar siket dah boleh jatuh.

kereta dan motor ada kelebihan dan kekurangan  masing2. anda yang menentukannya.

ajal maut di tangan Allah. orang yang duduk rumah tak pegi mana2 pon boleh bertemu ajal. renung2 kan   :)


tapi aku agak sedih la..minyak petrol semakin naik. :(