May 20, 2011

1ST DAY PREKTIKEL

assalamm semua~

16 Mei 2011 isnin

bermulanya seorang hamba yang bernama zaki berpraktikel di sebuah syarikat diberi nama MULTI WIRELESS SDN BHD.

bangun pagi beliau sangat lah awal. nak sembahyang SUBUH...

dah siap mandi semua (solat pon sudah),  brekfes orang kaya (corn flakes + dutch lady fresh milk). minum susu taw budak ni. haha

melihat jam 8.00am,
bergegas memakai kasut converse (berusia 4 tahun-pernah basuh skali)
panaskan enjin moto yang tak power.

bergerak dengan kelajuan 70km/j.
situasi di jalan raya kurang sesak. terlintas difikiran mungkin sebab esok cuti.so isnin ni ramai yang amek cuti.

tiba di lokasi 8.30am. agak awal sebenarnya. masuk office pukul 9.00am. zaki datang awal 30minit. terserlah lah kerajinan beliau.

beliau terpaksa menunggu sahabat-sahabat yang skali praktikal.

jam 9.00am-masuk office

termenung dalam opis 30minit.xtaw nak buat apa.
sorang staff bawa mereka (trainee) pergi ke HR (R&A)

lokasi-bilik HR

isi borang staff(walaupun bukan staff)
isi borang pinjam barang (ID card)

pulang semula ke office

termenung 20 minit.

sorang staff pickup zaki.
nama staff - shah - berkulit putih,tinggi lampai sedikit kurus,berkaca mata,suara  maskulin.

keluar dari office, bertemu seorang lagi staff -zul- tinggi sedikit dari zaki, muka chinese,suara lelaki.

mereka membawa zaki ke sebuah kereta (proton saga lama/putih/comot).

aduhai.macam susah pulak pakai2 nama zaki ni. zaki ni aku la.haha. kan senang.

dah sampai kt kereta,naik la.ape lagi kan.
mula-mula gi isi minyak kt shell. shah tnye aku pandai topup minyak itam tak?aku jawab, mesti la pandai .padahal ingat-ingat lupa je.

aduhai. mula2 keje da kene main minyak itam. layan je la... cek minyak,kering. topup la.tuang sampai abes.cek balik (pakai ape ntah nama dia tu..yang batang2 panjang tuk cek paras minyak itam). tak cukup jugak minyak itam tu.

terpaksa patah balik ke ofis,tukar kereta (proton iswara bontot panjang).

lepas tuka kreta, gi isi minyak kreta iswara pulak. pastu topup minyak itam skali.

lepas setel, gi lunch. lunch nak kat tempat mahal2 je. aku da la tak de duit sangat. layan je la dengan dorang ni. harga aku lunch -rm7.00- pejam mata je hulur duit kt cashier.

da masuk kreta, shah bising. dia lupa nak bawak inverter. tertinggal kt proton saga. barang lain tak tinggal. solution, patah balik g opis, amek inverter tu.

pastu, setup barang tuk mulakan kerja! macam2 aku tnya dorang. banyak gak ilmu yang aku dapat.

antara equipment yang perlu ada semasa menjalankan kerja
1.laptop (engineer pegang)
2.scanner (seat blkg)
3.gps (atas bumbung kereta)
4.signal (atas bumbung kereta)

1st lesson yang aku dapat, aku kena blajar mencarut. sangat tak boleh blahh! haha.

kerja dorang, kena buat drive test - check signal yang shoot dari tower okey ke tak okey. kalau tak okey, call office,buat report. tu je. nampak macam  senang. tapi banyak gangguan luar yang akan membuat kerja tu susah.


ade 4 site. bukit jelutong, kg kerinchi, kajang and  dengkil.

start kerja dalam pukul 1.15pm, balik ofis 8.30pm. sangat terbaik. member aku semua da balik kol6.00pm. tinggal aku je yang sangat rajin balik lewat. aku siap tertido lagi kt seat belakang. hahaha. 

1st day praktikel yang sangat best!

May 12, 2011

CUTI

assalamualaikum dan salam sejahtera  :)

lama sungguh tak update blog ni. haih. busy la katenye. 

lagi pun baru je abes final exam 10hb aritu. kat umah sewa, aku la orang paling last jawab paper. yang lain da merdeka awal. walaupun da abes exam, still ade assignment yg belom siap. memang giler. aku da la tak reti nak buat esemen tu. nak tiru budak2 lain, dorang pon tak buat gak. hahaha. bukan ape. rasa serba salah kalau tak buat. lecturer tu da banyak tolong kitorang, takkan tak nak tolong dia buat essignment yang dia bagi kan. entah laaa... masalahnye TAK RETI. :(   

*susah sbb assignment operating system. aku pon tak taw nak citer kat korang macamana. sbb aku pon tak reti nak buat. hahaha

sekarang cuti dah bermula. cuti yang sangat lama. EMPAT BULAN. memang lama. berdasarkan info yang aku tahu, budak2 degree je yang dapat cuti empat bulan. diploma student cuti macam biasa.

hmmm.. empat bulan cuti, ape yang korang buat? duduk umah? keje? jadi suri rumah? jadi baby sitter? baru nak amek lesen? hehe

aku cuti ni ada praktikel la pulakk... 2 bulan tempoh syarat. tapi kalau nk extend pon boleh lepas 2 bulan tu. aku tak taw nak extend ke tak. tengok mood dulu. haha

mula praktikal 16hb ni. kat syarikat multiwireless sdn bhd. company ni kerja dia...emmm.. pasal RF. aku pon tak taw benda apa. sebab aku tak blelajar pon benda ni. budak communication je yang blaja. aku budak computer. ape barang komputer-komputer ni. bosan. ngadap tiap-tiap ari. haha. poyo je ayat tu. padahal bidang aku ni la yang nak pecah kepala. buat programming (c, vhdl).

walaupun susah. tp seronok. siyes tak tipu. yang jadi masalahnye sekarang, aku MALAS. memang tak de ubat. haha. semoga sem depan aku jadi rajin. ameennn!

so sekarang ni aku luangkan masa kt umah walaupun kadang kadang bosan. tapi best sebab dapat makan free dan berkhasiat. hehe   nanti bila da start praktikal, mula la hidup aku sebagai seorang fresh worker. menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang engineer. insyaAllah :)

May 3, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad