January 21, 2012

KAHWIN

musim cuti semester sudah tiba.

ramai student berpusu-pusu balik kampung.

kampung aku dekat je. tiap2 minggu aku balik. kalau tak balik, ibunda call.  (-_-")

balik rumah je, mak ayah sibuk discuss pasal sedara mara nak kahwen nak tunang. aku jadi pendengar cerita terbaik. dengar je. haha

tetibe ayah aku tanye 'ki, umor dah 23 kan?
aku jawab ' tak lah. 24.'

ayah: 'haa.dah boleh kahwen dah nii'

dalam hati aku 'alamak,ayah aku ni mcm nak suro aku kawen cepat2 je'

aku jawab :  ' calon pon xde lagi.... '

mak aku mencelah 'kalau nak kahwen, cari yg elok2.. jangan cari yang pakai tudung tp yg bawah tu ketat2. tak bkenan mak. anak sendiri nk tegur pon dah susah. cari yang ada agama. kau tu dah sekolah agama berbelas tahun. pandai2 la cari buat bini. bla bla bla bla..

sekali aku kena ceramah daa.. haha

aku paham...mak ayah mesti nak yg terbaik tuk anak dia...

aku pon tak tahu laaaaa... mmg niat nak kahwen tu ade... tp tak berani la pulak.. haha

tanggungjawab besar kot.

December 21, 2011

KESAN ULSER

apa itu ulser?

ulser adalah sejenis penyakit @ luka dalam mulut.

orang kata punca ulser sebab kurang minum air. benarkah?aku pon tak pasti.

tapi yang pasti mangsa ulser ni, pasti menderita. pasti merana. pasti siksa. lebih lebih lagi time makan minum.

perrghhh~!

nak nanges pon ade. kan?

perkara penting yang aku nak sampaikan di sini, nak cerita kesan dari penyakit ni...

kalau ulser ni, susah nak cakap kan?lagi- lagi ulser kat lidah.. kalau cakap je mesti sengau-sengau.

di kala aku selalu menghidap penyakit ni, aku terfikir...

'mengapa Allah cipta penyakit ni? aku tak boleh bercakap sangat. susah nak bercakap'.

bila aku fikir kan lebih dalam, baru ku sedar, ade hikmah nya.

antara kesan-kesannya

1. kurang bercakap. sebenarnye, lagi banyak kita bercakap lagi banyak dapat dosa. jadi kalau da kurang bercakap ni kurang la dosa kita. lagi-lagi yang kaki mengumpat.

2. terasa diri ni hina. asalnye kita bercakap adalah normal. bila dapat sekali ulser kat lidah ni, nak cakap susah, kalau cakap sengau2 sebab tak nak bagi sakit. manusia ni ade segelintir yang jenus kuat mengutuk. kan? kalau nampak pelik sikit je,kompem kena mengata. tak mengata depan, kat belakang pon boleh jadi. so sabar je lah. at least kita merasa ape yang orang yang sengau ni rasa. :)

3. dapat training kesabaran. ulser ni ada tempoh dia. tapi tak tahu pah pada orang lain. macam aku paling lama 2 minggu. dalam 2 minggu tu, kena banyak bersabar. nak makan, minum, berus gigi, kumur-kumur... haaaa..korang boleh rasa kan?hehe..


aku sekarang tengah ada ulser kat lidah. wuuuu..

esok ada presentatio.  tak tahu la macam mana esok.. layan kan je la sakit ni.

December 18, 2011

DIPERLUKAN PABILA MEMERLUKAN

kita hanya insan biasa

diperlukan bila memerlukan

diperlukan bila kesusahan

diperlukan bila keseorangan

diperlukan bila perlukan bantuan

diperlukan bila kekurangan

diperlukan bila kebuntuan

diperlukan bila keresahan

diperlukan bila kesedihan

diperlukan bila kesesakan

kita insan biasa

aku insan biasa.

saling perlu memerlukan

can't do it alone

dibuang bila tak diperlukan

dilupakan bila tak diperlukan

dibuang bila senang

dilupakan bila senang

dibuang bila hati senang

dilupakan bila hati senang



itulah manusia

itulah kita

itulah aku

bila susah dicari

bila senang dilupakan

June 9, 2011

KERJA

ASSALAMUALAIKUM WBT

tajuk entry kali ni , KERJA. dunia kerja.

aku selaku student, masih belum lagi menceburi bidang2 pekerjaan, ingin berkongsi cerita, kisah, pendapat dan sebagainya tentang KERJA ni.

berdasarkan ape yang aku tahu, pengalaman aku, selama aku hidup ni,
pelajar bila belajar, bosan. nak cari kerja. dapat duit.
pekerja pulak, timbul rasa rindu untuk belajar. nak jd student semula. best jadi student.

aku tergolong dalam golongan student lah.bosan. tensen. hehe

biasa la tu.  sebab aku belom alami dunia kerja lagi.

apa yang aku dapat lihat, dunia pekerjaan ni sgt susahh. tapi ade yang senang. ikut rezeki masing2.

siyes, aku tak tipu.

antara sebab2 kenapa aku kata dunia kerja sgt susah.

1.orang bkerja ni ada yang jadi pengampu. pengampu dgn boss @ pihak atasan. jilat bontot la kiranya. senang naik pangkat. kalau x, stay pangkat tuuu je lah.

2. kalau kita rajin(ikhlas) bkerja, mesti bos suka kan? TAPI kompem ada orang dengki. kalau dengki, byk la syaitoon2 dok hasut si pendengki ni. macam2 leh jadi.

3. kalau peniaga, lagi la susah. naikkan harga, pelanggan komplen. kedai runcit pulak kompem xlepas dr kes kecurian barang.

4. kalau dapat bos tak okey, kompem ko keje pon tak ok. tensen. kalau bos okey, alhamdulillah...

5. haaa...yg paling teruk sgt2, orang sihir menyihir. aduuuii. lomah aku dongar sihir2 ni. org yg sihir2 orang ni mmg dengki la kira nya. pantang nmpak orang senang, pantang nmpak org mewah siket, pantang nmpak peniagaan maju, keje nk sihir orang je.

eh, 5 je idea aku yg keluar?hahaha

oleh sbb aku kne bsiap nk g keje pagi2 buta ni, idea aku terbantut siket.

apa apa pon, smoga Allah memberkati kita sampai ke akhir hayat.

yang penting kerja halal. :)

May 20, 2011

1ST DAY PREKTIKEL

assalamm semua~

16 Mei 2011 isnin

bermulanya seorang hamba yang bernama zaki berpraktikel di sebuah syarikat diberi nama MULTI WIRELESS SDN BHD.

bangun pagi beliau sangat lah awal. nak sembahyang SUBUH...

dah siap mandi semua (solat pon sudah),  brekfes orang kaya (corn flakes + dutch lady fresh milk). minum susu taw budak ni. haha

melihat jam 8.00am,
bergegas memakai kasut converse (berusia 4 tahun-pernah basuh skali)
panaskan enjin moto yang tak power.

bergerak dengan kelajuan 70km/j.
situasi di jalan raya kurang sesak. terlintas difikiran mungkin sebab esok cuti.so isnin ni ramai yang amek cuti.

tiba di lokasi 8.30am. agak awal sebenarnya. masuk office pukul 9.00am. zaki datang awal 30minit. terserlah lah kerajinan beliau.

beliau terpaksa menunggu sahabat-sahabat yang skali praktikal.

jam 9.00am-masuk office

termenung dalam opis 30minit.xtaw nak buat apa.
sorang staff bawa mereka (trainee) pergi ke HR (R&A)

lokasi-bilik HR

isi borang staff(walaupun bukan staff)
isi borang pinjam barang (ID card)

pulang semula ke office

termenung 20 minit.

sorang staff pickup zaki.
nama staff - shah - berkulit putih,tinggi lampai sedikit kurus,berkaca mata,suara  maskulin.

keluar dari office, bertemu seorang lagi staff -zul- tinggi sedikit dari zaki, muka chinese,suara lelaki.

mereka membawa zaki ke sebuah kereta (proton saga lama/putih/comot).

aduhai.macam susah pulak pakai2 nama zaki ni. zaki ni aku la.haha. kan senang.

dah sampai kt kereta,naik la.ape lagi kan.
mula-mula gi isi minyak kt shell. shah tnye aku pandai topup minyak itam tak?aku jawab, mesti la pandai .padahal ingat-ingat lupa je.

aduhai. mula2 keje da kene main minyak itam. layan je la... cek minyak,kering. topup la.tuang sampai abes.cek balik (pakai ape ntah nama dia tu..yang batang2 panjang tuk cek paras minyak itam). tak cukup jugak minyak itam tu.

terpaksa patah balik ke ofis,tukar kereta (proton iswara bontot panjang).

lepas tuka kreta, gi isi minyak kreta iswara pulak. pastu topup minyak itam skali.

lepas setel, gi lunch. lunch nak kat tempat mahal2 je. aku da la tak de duit sangat. layan je la dengan dorang ni. harga aku lunch -rm7.00- pejam mata je hulur duit kt cashier.

da masuk kreta, shah bising. dia lupa nak bawak inverter. tertinggal kt proton saga. barang lain tak tinggal. solution, patah balik g opis, amek inverter tu.

pastu, setup barang tuk mulakan kerja! macam2 aku tnya dorang. banyak gak ilmu yang aku dapat.

antara equipment yang perlu ada semasa menjalankan kerja
1.laptop (engineer pegang)
2.scanner (seat blkg)
3.gps (atas bumbung kereta)
4.signal (atas bumbung kereta)

1st lesson yang aku dapat, aku kena blajar mencarut. sangat tak boleh blahh! haha.

kerja dorang, kena buat drive test - check signal yang shoot dari tower okey ke tak okey. kalau tak okey, call office,buat report. tu je. nampak macam  senang. tapi banyak gangguan luar yang akan membuat kerja tu susah.


ade 4 site. bukit jelutong, kg kerinchi, kajang and  dengkil.

start kerja dalam pukul 1.15pm, balik ofis 8.30pm. sangat terbaik. member aku semua da balik kol6.00pm. tinggal aku je yang sangat rajin balik lewat. aku siap tertido lagi kt seat belakang. hahaha. 

1st day praktikel yang sangat best!

May 12, 2011

CUTI

assalamualaikum dan salam sejahtera  :)

lama sungguh tak update blog ni. haih. busy la katenye. 

lagi pun baru je abes final exam 10hb aritu. kat umah sewa, aku la orang paling last jawab paper. yang lain da merdeka awal. walaupun da abes exam, still ade assignment yg belom siap. memang giler. aku da la tak reti nak buat esemen tu. nak tiru budak2 lain, dorang pon tak buat gak. hahaha. bukan ape. rasa serba salah kalau tak buat. lecturer tu da banyak tolong kitorang, takkan tak nak tolong dia buat essignment yang dia bagi kan. entah laaa... masalahnye TAK RETI. :(   

*susah sbb assignment operating system. aku pon tak taw nak citer kat korang macamana. sbb aku pon tak reti nak buat. hahaha

sekarang cuti dah bermula. cuti yang sangat lama. EMPAT BULAN. memang lama. berdasarkan info yang aku tahu, budak2 degree je yang dapat cuti empat bulan. diploma student cuti macam biasa.

hmmm.. empat bulan cuti, ape yang korang buat? duduk umah? keje? jadi suri rumah? jadi baby sitter? baru nak amek lesen? hehe

aku cuti ni ada praktikel la pulakk... 2 bulan tempoh syarat. tapi kalau nk extend pon boleh lepas 2 bulan tu. aku tak taw nak extend ke tak. tengok mood dulu. haha

mula praktikal 16hb ni. kat syarikat multiwireless sdn bhd. company ni kerja dia...emmm.. pasal RF. aku pon tak taw benda apa. sebab aku tak blelajar pon benda ni. budak communication je yang blaja. aku budak computer. ape barang komputer-komputer ni. bosan. ngadap tiap-tiap ari. haha. poyo je ayat tu. padahal bidang aku ni la yang nak pecah kepala. buat programming (c, vhdl).

walaupun susah. tp seronok. siyes tak tipu. yang jadi masalahnye sekarang, aku MALAS. memang tak de ubat. haha. semoga sem depan aku jadi rajin. ameennn!

so sekarang ni aku luangkan masa kt umah walaupun kadang kadang bosan. tapi best sebab dapat makan free dan berkhasiat. hehe   nanti bila da start praktikal, mula la hidup aku sebagai seorang fresh worker. menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang engineer. insyaAllah :)

May 3, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad