February 5, 2011

SUZUKI BELANG 150

 bila dengar suzuki je mesti pandang sebelah mata. ye lah. brand suzuki ni tak de lah feymous sangat macam yamaha dan honda. mungkin sebab marketing tak sehebat yamaha.

antara motor yg pernah aku bawa (milik keluarga)
1. yamaha LC135
2. honda ex5
3. modenas kriss

suzuki je yang belom pernah aku cuba. LC aku pernah miliki tp dah jual. sebab excident dgn lori. hehe. Alhamdulillah aku diberi peluang untuk hidup oleh Allah.

jadi sekarang ni aku minat 1 moto ni. suzuki belang 150. aku pon tak tahu kenapa aku minat motor tu. abang dan adik aku kate motor tu huduh giler. aku tengok motor tu okey je. seksi sedikit. lain dari yang lain.




aku tengok motor tu aku rasa agak sesuai la dengan taste aku. sebabnya :

1. aku suka jalan jauh- cc motor 150cc.
2. saiz motor tu kecil. sama size dengan moped yang lain.
3. 4-stroke
4. ada disk brake depan belakang
5. harga tak semahal yamaha FZ150 & honda cbr150

setelah aku selidik dr forum tentang belang ni, aku telah tekad akan beli motor belang. hehe. insyaAllah...

oh ya. kenapa aku pilih motor?bukan kereta? sebabnya :-

1. aku tak suka jem.buang masa. lagi- lagi kawasan bandar. KL ke Shah Alam ke.sama saja.

2. maintainance rendah dari kereta. kalau cermin kereta pecah kena batu  ke dah kena brapa ratus dah. belum tayar lagi. kereta tayar 4. motor 2 saja.

3. minyak tak payah cerita. naik motor lagi jimat.

4. lalu tol free je. tak macam kereta. berbayar. duit tol kereta boleh buat duit minyak lagi bagus.

5. sebab aku bujang. kalau sudah berkahwin, mesti mahu berkereta. takkan nak bagi bini basah kalau hujan.siapa tak sayang bini oii..

kelemahan motor berbanding kereta

1. tiada dinding & bumbung seperti kereta. kalau hujan penunggang kompem basah lencun.

2. kereta lebih stabil dari motor. motor ada 2 tayar. kalau nk belok kena landing siket badan. ikut pada kelajuan. makin laju motor lagi sedap nk landing. boleh cecah footrest pon ade.

3. orang kata motor kurang selamat. kena langgar siket dah boleh jatuh.

kereta dan motor ada kelebihan dan kekurangan  masing2. anda yang menentukannya.

ajal maut di tangan Allah. orang yang duduk rumah tak pegi mana2 pon boleh bertemu ajal. renung2 kan   :)


tapi aku agak sedih la..minyak petrol semakin naik. :(

4 comments: