February 17, 2011

MAULIDURRASUL VS VALENTINE'S DAY

15 feb 2011

aku bangun pagi awal pukul 5.30 pagi. terlintas kat hati aku nak pi surau solat subuh berjemaah. masuk waktu subuh pukul 6.10am. lantas aku ke surau bersama fendi housemate aku. yang lain masih tidur lena.


lepas solat subuh berjemaah, ade forum subuh pulak. memang aku tak sangka ada ceramah lepas subuh. hehe. tajuk forum ''maulidurrasul versus valentine's day". sama tajuk macam aku tulis kat status facebook aku. tersenyum aku bila aku dengar tajuk tersebut. :)

jadi memang aku tak salah la buat status maulidurrasul versus valentine's day tu.. bukan apa. ada orang komen, 'perlu ke compare camtu sedangkan agama kita islam'.

tersentap aku! salah ke aku buat persoalan macam tu? bukannya aku suro mintak tolong dorang pilih tuk aku pon. aku pon agama islam wehh... aku buat persoalan macam tu sebab tarikh dia dekat sangat. valentine 14hb maulidurrasul 14hb gak tapi waktu maghrib (timing islam). so korang nk pilih mana? korang fikir lah sendiri. terang-terang sambut valentine itu HARAM.

back to main topic.

ceramah subuh tu memang best. tak pernah dengar lagi dari mana-mana ceramah yg pernah aku pegi. begini kisahnya lebih kurang....

selepas kewafatan nabi kita Muhammad, Bilal sangat bersedih sehingga tak boleh melaungkan azan. sampai 'ash hadu anna muhammadarrasuulullah' bilal terus menangis. sebak. tak boleh nak teruskan sebab teringat kt nabi Muhammad. bilal membuat keputusan untuk meninggalkan madinah dan berhijrah ke syam (rome) untuk menetap di sana.

setelah beberapa tahun lamanya di syam, bilal berasa sangat rindu pada nabi Muhammad. lalu berangkat kembali ke madinah. sampai di madinah betul2 hampir subuh. tiba di masjid nabawi, kelihatan beberapa orang sahabat sedang menunaikan solat sunat. tiba2 ada seorang sahabat menegur bilal. lalu berpelukan. sudah bertahun tak jumpa. para sahabat yang lain turut bersalam+peluk dgn bilal.

waktu subuh sudah tiba. para sahabat meminta bilal melaungkan azan. bilal menolak. sahabat2 tetap memujuk bilal. akhirnya bilal mencuba.

Allaaahu akbar Allaaaahu akbar!

suara azan kedengaran di madinah. para sahabat yg tidur di rumah terjaga. 'eh, ni suara bilal ni'. bingkas bangun bersiap menuju ke masjid. tiba di masjid, mereka mencari Rasulullah di tempat yang biasa Rasulullah duduk. tiada. mereka berfikir mungkin baginda sedang mengambil wuduk. lalu bergegas ke tempat berwuduk. tiada. -mereka seolah-olah lupa bahawa baginda telah wafat. subhanallah.

bila aku dengar kisah ni aku sebak kot. huhu.
terlintas kt hati aku. kalau la aku berada masa zaman rasullullah. :)

tak semestinya bila maulidurrasul je kita baru igt nabi. kalau igt sentiasa lagi bagus. macam kita selalu igt kt pasangan (untuk orang yg kapel@berkahwin)


SELAMAT BERAMAL..:)

1 comment: